duniawi....
semua yang berlaku di Malaysia tanah air tercinta, tempat kerja, kehidupan pendapat dsb.. ni semua pendapat gua...ape yg gua setuju dan x setuju,gua punye pasal la...pasal ni blog gua...yg baik ambik iktibar,fahamkan, x baik tegur.... gua nak tekankan, ni pendapat gua je.... gua x bertanggungjawab kalo ade menyebabkan sesiapa tersinggung yg hidup atau meninggal dunia... salam...
Monday, August 15, 2011
wardina....ni warkah dari warung....
kali ni gua nak bukak cerita pasal artis yg agak Hot 2-3 bulan ni...bkenaan Wardina...yes,wardina...selebriti yg dulunye model,pelakon n sekarang pengacara...kalo tengok wardina ni,okla kan...mcm wanita lain yg btudung...pnampilan yg agak elok dpandang mate...
cerita yg gua nak bangkitkan kat sini gak ade kaitan dengan artis2 lainla yg nak berubah ke arah yg lebih Islamik n lebih elok...dan gua rasekan perkara yg mcm ni memangla layak sangat di puji dan di contohi...tp adakah kaedah yg dpaparkn kepada masyarakat akan mampu memberi impak yg positif kepada keluarga,masyarakat yang mampu menilai dan terutama keikhlasan seseorang tu untuk berubah???....
kita semua tahu kan,kalau nak berbuat kebaikan,contohnya kalau nak menderma, yang menghulur di tangan kanan,janganla sampai tangan kiri tahu...so,konsepnye simple n mudah d fahami...mcm kalo kite nak menderma gak...xperlu la nak ditayang satu dunia....apakah adenye ikhlas di situ??....kalau ikhlas betul alhamdulillah...tp bimbang timbul riak....pahala ntah ke mane,duit ntah ke mane...tp bkan gua nak soal tentang pahala...tu sume urusan Allah SWT...
tp x kanla masing2 xtau perkara ni...Ustaz-ustaz d mane2,ustaz celup ke,ustaz tulen ke,sume cakap bende yang same...di mane letaknye ikhlas??..hati dan akal...jgn sampi timbul riak...
gua bcrite pasal wardina ni pasal gua ade tangok kat link ni...
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dop0MRfBaWM
http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/08/wardina-safiyyah-perlu-hati-hati.html
bukan gua nak mengutuk @ nak ckp ape saje yg x elok...gua nak puji atas perubahan yg dlakukan...tp bimbang menyimpang dari tujuan....kalau rasenye buat video camni baik,gua pun nak wat video gua brubah jadi baik gakla...
*nak tanye kat wardina gakla,hukum sanggul tinggi n cukur kening...
nak tanye jek....
nak ucap gak tahniah pada bro BOB Lokman....
*posting ni bukan fitnah kan??...so jgn saman gua!!!.....hahaha
Monday, December 6, 2010
celake DAP-PKR-PAS....malang bagi melayu yang menyokong..butekah mata? butakah hati?
2. Oktober 1967, DAP menjadi satu-satunya parti dari Malaysia yang menganggotai Socialist International (SI) yakni sebuah pertubuhan yang memperjuangkan sosialisme/komunisme/liberalisme/zionisme/sekularisme etc. dan salah seorang yang pernah menjadi naib presiden SI ialah Ehud Baraq, mantan PM Israel. Antara associated organisations yang terlibat secara langsung dengan SI ialah World Labour Zionist Movement (WLZM). Beberapa agenda sulit SI yang dikenalpasti antaranya adalah untuk mengembangkan Christianity ke serata dunia, yang sangat bertepatan dengan ideologi DAP kerana anggota DAP sendiri terdiri daripada ramai penganut Kristian. Seandainya dikaji dengan lebih mendalam sejarah penyertaan DAP dalam Socialist International, pasti anda akan memahami 'rahsia' kejayaan DAP memenangi banyak kerusi Parlimen di PRU-4, sehingga tercetusnya tragedi 13 Mei 1969.
3. 18 Oktober 1990, Karpal Singh mengatakan dengan lantang, "Jika mahu wujudkan negara Islam...langkah mayat saya dulu!"
4. 5 Mei 2008, Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan Azlan Shah selaku Ketua Agama Islam Negeri yang memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.
5. Pada tahun 2008 juga, Teresa Kok meraikan kemenangan DAP dalam PRU-12 dengan memanggang 5 ekor babi sebagai simbolik orang Cina dalam Pakatan Pembangkang berjaya menguasai 5 negeri dengan PAS & PKR sentiasa berada di bawah telunjuk mereka. Sebab itulah agaknya ada ahli parlimen PAS yang menyokong pelajar membawa bekal babi ke sekolah.
6. Teresa Kok turut menuntut papan tanda jalan yang bertulisan Jawi di sekitar Kuala Lumpur & Selangor ditukarkan ke bahasa Mandarin; selain menuntut agar azan di setiap surau dan masjid dalam negeri Selangor diperlahankan.
7. Ronnie Liu mengarahkan semua arak yang dirampas atas 'usaha' Hassan Ali dalam kawasan majoriti penduduk Islam di Selangor, supaya dikembalikan semula kepada penjual/peruncit.
8. Tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kampung Kebun Bunga, Selangor telah didirikan Dewan Perhimpunan Orang Ramai, Persatuan Perkuburan Cina. Sebelum itu, BN yang mentadbir Selangor telah berusaha untuk memindahkan dewan tersebut ke kawasan lain. Tetapi apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor pada 2008, usul pemindahan dewan oleh BN sebelumnya telah ditolak DAP dengan sokongan Khalid selaku Menteri Besar Selangor.
9. 16 Mei 2008, Exco Kerajaan Negeri dari DAP telah mengarahkan 130 unit lot perumahan bumiputera di Perak agar dijual ke pasaran terbuka dengan nilai hartanah bumiputra itu hampir RM5 juta.
10. Semasa Pakatan memerintah Perak, borang permohonan tanah di Pejabat Tanah di arah cetak dalam bahasa mandarin dan tamil, kononnya untuk memudahkan kefahaman kepada kaum bukan Melayu. Hakikatnya, mereka berhasrat untuk mengambil tanah milik Melayu secara senyap tanpa disedari orang Melayu yang pasti tidak faham akan kandungan borang yang dicetak menggunakan kedua bahasa tersebut.
11. Lim Guan Eng pernah menyarankan agar jawatan Tuan Yang Terutama (TYT) serta Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang digantikan dengan kaum Cina.
12. Lim Guan Eng adalah seorang penakut dan cepat menggelabah apabila ditekan atau disergah. Itulah ciri seorang 'khalifah' yang sangat diagongkan para juak PAS.
13. DAP menaruh harapan untuk menguasai negara ini di PRU-13. DAP sanggup melakukan apa saja demi merealisasikan impian kerana beranggapan sekiranya mereka gagal dalam misi menguasai Malaysia di PRU-13, maka cita-cita mereka mungkin akan terkubur selamanya.
14. DAP hari ini memiliki 29 Kerusi Parlimen di Dewan Rakyat yang menjadikannya parti dominan dalam Pakatan Pembangkang berbanding PKR (26) dan PAS (23). Strategi DAP di PRU-13 adalah meletakkan calon Melayu bagi mewakili parti mereka, maka tidak mustahil DAP akan terus kekal menjadi PARTI DOMINAN PAKATAN selepas PRU-13 kelak.
15. Menyokong Nik Aziz, Bro Anwar Bin Ibrahim, Husam Musa, Azmin Ali dan PKR, BERERTI anda rela diperalatkan demi memenuhi impian DAP menguasai Persekutuan Malaysia.
Sunday, November 21, 2010
cucu mat kilau keluar PKR??-di mane silapnye?
terkejut gua bace berite tu dan gua pun berfikir...
1-ramai yang keluar PKR-ezam(senator ezam) n zaid(yang akan keluar PKR secara rasmi pada 16 Disember ni) n cucu matkilau sendiri(yang pernah bertanding dalam jawatan (agak besar) dalam PKR..
2-tak terfikir ke anak buah diorg (ahli PKR n PAS) kenape mereka keluar?..ape sebab??
3-pada mase ni lah diorg fitnah UMNO@ BN memberi rasuah pada mereka ni..hehe BODOH!!
4-kali ni CMK keluar parti bukan atas dasar pengaruh BN n etc..tapi dikatekan sebab kepercayaan terhadap parti tu dah hilang(analisis gua sendiri lah)...
5-kalo PKR nak pjuangkan Islam,mane keadilan yang diorg nak tunjukkan...mane kbaikan n contoh yg diorg nk beri??...sume sampah-sarap belaka...keadilan dalam parti pun kucar-kacir...
nak bace link tersebut di sini:- http://cucumatkilau.blogspot.com/2010/11/tindakan-keluar-parti-bukan-satu.html
peristiwa di memali...kebenaran, fitnah & ekstremis...
Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik. Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978.
selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan.
Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984,bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yang ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.
Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu satu tempat rahsia di Baling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA.
Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang-orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.
Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempohnya sudah terlalu lama.
Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.
Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.
Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.
Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik.
Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.
Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan' antara polis dan penduduk kampung yang ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yang diajar oleh Pas. Al Fatihah...
Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yang dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka-mereka yang ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang,malah ada yang jadi Senator sekarang ini.
Jika pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yang hanya mementingkan politik dari nyawa ahli-ahli mereka.
Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yang Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.
Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya dikebumikan, ada di kalangan orang-orang Pas yang pergi mencurahkan cecair berbau wangi di atas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yang wangi keluar dari kubur mereka yang terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah SWT dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.
Jika kita lihat kembali apa yang berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan-perhimpunan haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi mereka tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik.
Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka di dalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk ke masjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.
Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yang anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk.
Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah Pas hanya menceritakan orang-orang mereka yang terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yang orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.
Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain pada hari ini berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang-orang Islam di Malaysia. Ilmu yang beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia-sia selepas menyertai Pas. Orang yang sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik di luar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan...
Monday, June 7, 2010
The content below is taken from JebatMustDie's Blog:
Mereka yang telah meninggalkan Anwar Ibrahim
April 21, 2010 by jebatmustdie
Saudara saudari sekalian,
Berikut adalah nama-nama mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang Datuk Seri Anwar Bin Ibrahim. Bukan calang-calang orang. Mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.
1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)
4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)
5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)
7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)
8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)
9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR))
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)
14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)
15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)
16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)
18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR) – Updated
Saya ingin bertanya kepada saudara saudari sekalian,
Jika mereka yang di atas, yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan Anwar Ibrahim sudah meninggalkan parti PKR dan Pakatan Rakyat, mengapa saudara saudari sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali Anwar secara dekat, yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam televisyen, atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau, masih mahu menyokong Anwar?
Adakah anda semua pemimpin atau ahli-ahli politik bahagian PKR? Adakah saudara saudari pernah makan tengahari dengan Anwar? Saudara saudari pernah berceloteh, bergurau senda dengan beliau? Saudara saudari kenal beliau secara dekat sudah bertahun tahun? Saudara saudari sering berhubung melalui telefon dengan beliau?
Saudara saudari begitu rapat dengan Anwar Ibrahim hingga boleh dengan senang keluar masuk banglo mewah milik Anwar?
Tidak pernah kan?
Jadi mengapa saudara saudari masih ingin menyokong Anwar Ibrahim tatkala mereka di atas yang begitu rapat sekali dengan beliau sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan?
Apakah bendanya yang membuat saudara saudari begitu HADAP sekali dengan Anwar Ibrahim hinggakan saudara saudari sekalian masih mempercayai beliau walaupun mereka yang begitu kasihkan Anwar suatu waktu dahulu sudah meninggalkan beliau?
Ilmu apa yang anda semua pakai?
Sila beritahu kami semua.
Terima kasih
Friday, March 12, 2010
LUAHAN HATI UNTUK MYSRIMUARA
Assalamualaikum sdr, Pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada sdr di atas semangat cintakan agama dan bangsa yg diterjemahkan di dalam blog sdr. Keep up your good work! Bagi saya tak ramai orang macam sdr yg sanggup menghabiskan masa berjam-jam di depan PC utk mengarang artikel dan melontarkan idea seperti yg dilakukan sdr. Saya doakan agar Allah memberikan kekuatan dan mempermudahkan segala urusan sdr dalam memperjuangkan nasib bangsa kita dan semoga Allah memberkati usaha sdr. Bagi saya Melayu Pulau Pinang kini berada dlm keadaan sangat2 kritikal. Rasanya tak salah kalau saya ibaratkan kita kini sudah menjadi bangsa yg merempat di bumi sendiri. Lihatlah sahaja apa yg sedang berlaku sekarang. Negeri Melayu tetapi pemimpinnya adalah bangsa Cina. Yg menyedihkan orang2 Melayu masih ramai yg tak sedarkan diri. Melayu PAS dan PKR masih tak sedar bahawa DAP sedang bermaharajalela ditampuk kuasa sedangkan mereka sebenarnya diperalatkan.
Lihatlah sahaja portfolio exco kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang. Dahulunya segala jawatan penting milik Melayu kini Exco Melayu sekadar menjaga hal ehwal Melayu, kepenggunaan, perhubungan masyarat dan koperasi sahaja. Portfolio tanah, perumahan, pendidikan, kerajaan tempatan dan belia semuanya terlepas ke tangan DAP. Kalau dahulu kontraktor2 Melayu boleh cari makan di PDC, MPPP, Pejabat Daerah, PBA dan lain2. Kini segala macam projek semuanya diberikan kepada bangsa Cina. Peruntukan melimpah ruah diberikan kepada NGO Budha, Hindu & Kristian, tokong2, kuil2 dan sekolah Cina. Apa yg Melayu dan Islam dapat? Seperkara lagi, Melayu UMNO pun masih tak sedarkan diri. Melayu UMNO sanggup gadaikan maruah bangsa asalkan mendapat merebut jawatan dan habuan kekayaan. Perjuangan UMNO semakin lama semakin tersasar. Bukan lagi demi agama, bangsa dan negara. Budaya UMNO tak habis2 dengan budaya cantas mencantas, politik wang, tolak golongan agama dan professional. Akibatnya UMNO dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermoral dan berpelajaran. Akhirnya UMNO semakin lemah dan masyarakat semakin menolak UMNO. Perkara yg saya nyatakan ini adalah hakikat yg perlu kita semua telan walaupun pahit. Saya sendiri sangat sedih bila mengenangkan nasib bangsa Melayu. Yang paling saya khuatir bila Melayu semakin lemah, maka Islam akan mula diperkotak katikkan. Bunga-bunganya sudah mula kita lihat. Bangsa asing kini semakin berani secara terang-terangan mengkritik bangsa Melayu dan agama Islam.
Semua ini berlaku kerana kelemahan kita sendiri... Entahlah sdr, saya pun tak tahu apa yg perlu kita lakukan... Entah sampai bilakah kita mampu survive dlm keadaan seperti ini. Apapun saya harap agar melalui usaha seperti yg sdr lakukan ini orang Melayu mampu sedar dan bangkit bersatu mempertahankan maruah bangsa yg semakin tercalar. Wallahualam. . Salam ukhuwah,
AZDY MOHD ARSHAD.
PAS?? ISLAMKAH PAS??
Perbuatan· Memperkecilkan tuntutan agama- suruh bersaudara PAS nak berpecah· Bangga apabila melanggar larangan Allah- tengoklah apabila tunduk pada dap dalam kes hudud. Bangga apabila dap penang lancarkan kempen minum arak dan rumah maksiat· Menghina orang yang bertakwa- mufti dihina oleh kufar dap di perak· Menjunjung perbuatan maksiat- semuanya berlaku di penang dan selangor selepas pakatan rakyat mengambil alih.tengok di sg bakap, george town dan bukit mertajam.subang jaya, kelang dan banyak lagi· Tidak bersolat- dok kalot dengar ceramah umum isyak dan asar dilupakan
AKIBAT PAS TIDAK MEMELIHARA AGAMA· umat islam pas akan menjadi umat yang mundur dan tidak bertamadun- TENGOKLAH BUAT DEMONSTRASI, ROSAKKAN HARTA BENDA AWAM, LAWAN POLIS, PUKUL POLIS, BALING BATu, KAYU, BERTUMBUK, BERCAKAP KESAT, MAKI HAMUN WAKTU PENAMAAN CALON DAN BANYAK LAGI.
· agama islam akan diperkecil dan dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab- NI LAGI TERBUKTI. PAS BERDIAM DIRI APABILA KUFAR MENGHINA HUDUD DAN QURAN.· kemungkaran dan maksiat semakin berleluasa- SELEPAS PAS BERSAMA DAP, MAKSIAT DI PiLAU PINANG DAN SELANGOR BERTAMBAH LEBIH DARIPADA 70%
YANG TDAK ISLAMNYA SEKARANG IALAH PAS.
Tuesday, February 9, 2010
the illuminati n anwar ibrahim...
salam...gua rase dah lamenye x dapat nak online n update blog gua nih...
baru ade mase nak online,maklumlah busy n byk keje outstation..
dalam diam gua,gua dah membace n banyak maklumat dan kejutan terbaru gua dapat...
nak huraikan kat sini terlalu panjang..gua cume bagi lu org address blog yang gua online n care lain untuk lu org dapatkan maklumat n pikirkan sedalam-dalamnye...
bile gua study maklumat yg gua dapat,gua rasekan kite ni sume dah tlalu hampir dengan akhir zaman...
silalah lawati www.jejakitinggalanrasul.blogspot.com
lepas tu lu org cari lah kat youtube maklumat tentang illuminati,dajjal n etc...
terutama cerite bertajuk "the arrivals"...
ape kaitan dengan anwar ibrahim?..gua cume nak btau logo PKR tu same macam logo ALL SEING EYES...n logo pertubuhan bisexsual...ehmmm...ntahla....
same2la kite bertaubat n belajar untuk mengahadapi hari akan datang...
Monday, July 27, 2009
sembah?
gua pun xtau ape nak tulis coz gua byk tgok kat blog org lain..diorg byk fakta n gua ttp ngan pndpt gua je la kan..
gua cme nak reader gua bace pndpt gua n berfikir... tuje,,
gua pun xatau knape pnyokong2 pembangkang nak tegakkan bnang yg basah bile tgok anwar sembah mayat teoh beng hock...diorg ckp tu adat,tp nape pmimpin pas yg dtg x wat cmtu?...
lu org bleh tgok kat vdeo ni n nilai la...
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2009/07/melayu-islam-demokrat-lilin-arak-jirat.html
syokla tgok anwar dah jd cmtu..
cikgu agama gua ade ckp murtad tu tdiri 3 pkara:
1-dari hati
2-dari pbuatan
3-pcakapan
so nilai la sendiri...