Sunday, November 21, 2010

cucu mat kilau keluar PKR??-di mane silapnye?

gua baru bace berite yang dilink oleh sorang sahabat..
terkejut gua bace berite tu dan gua pun berfikir...

1-ramai yang keluar PKR-ezam(senator ezam) n zaid(yang akan keluar PKR secara rasmi pada 16 Disember ni) n cucu matkilau sendiri(yang pernah bertanding dalam jawatan (agak besar) dalam PKR..
2-tak terfikir ke anak buah diorg (ahli PKR n PAS) kenape mereka keluar?..ape sebab??
3-pada mase ni lah diorg fitnah UMNO@ BN memberi rasuah pada mereka ni..hehe BODOH!!
4-kali ni CMK keluar parti bukan atas dasar pengaruh BN n etc..tapi dikatekan sebab kepercayaan terhadap parti tu dah hilang(analisis gua sendiri lah)...
5-kalo PKR nak pjuangkan Islam,mane keadilan yang diorg nak tunjukkan...mane kbaikan n contoh yg diorg nk beri??...sume sampah-sarap belaka...keadilan dalam parti pun kucar-kacir...

nak bace link tersebut di sini:- http://cucumatkilau.blogspot.com/2010/11/tindakan-keluar-parti-bukan-satu.html

peristiwa di memali...kebenaran, fitnah & ekstremis...



Berpunca daripada politik ekstrem yang diajar dan diamalkan oleh Pas itulah terjadinya tragedi Memali pada tahun 1985.Ibrahim Libya pada mulanya seorang yang baik. Beliau mulai 'rosak' setelah menyertai Pas pada tahun 1978.

selepas menyertai Pas, Ibrahim Libya mula berubah mengikut acuan Pas.Kerajaan pada masa itu mendapati Ibrahim Libya mengancam keselamatan negara dengan kegiatan memecah-belahkan masyarakat Islam melalui ceramah-ceramah agamanya. Lalu kerajaan mengambil keputusan untuk menahannya di bawah ISA bagi memperbetulkan keadaan.

Percubaan pertama pihak Polis untuk menahan Ibrahim di bawah ISA pada 2 September 1984,bagaimana pun usaha itu gagal. Dikatakan 100 orang polis telah mengepungnya tetapi dihalang oleh orang-orang kampung yang keluar beramai-ramai.Untuk pengetahuan pembaca, pengaruh yang ada pada Ibrahim Libya digunakan sepenuhnya oleh Pas sehingga Ibrahim berjaya menarik hampir 100 % penduduk Baling menyertai Pas pada masa itu.

Untuk mengelakkan ketegangan pihak polis berundur dan selepas itu Ibrahim lari menyembunyikan dirinya di satu satu tempat rahsia di Baling. Setelah sekian lama menyembunyikan diri dan tidak dapat menyampaikan ceramah, maka puak-puak Pas pada masa itu mengambil keputusan membawa Ibrahim kembali kerumahnya dan dia sentiasa dikawal rapi oleh ahli-ahli Pas untuk mengelakkan Ibrahim ditahan di bawah ISA.

Dalam tempoh itu juga pihak berkuasa beberapa kali cuba untuk menahan Ibrahim di bawah ISA tetapi semuanya gagal kerana dihalang oleh orang-orang kampung yang bersenjatakan buluh runcing dan pelbagai senjata tajam lagi. Pernah berlaku dimana beratus orang kampung mengepung sebuah kereta polis yang di dalamnya ada Ketua Polis Daerah Baling dan kemudiannya orang kampung meletak senjata di tengkuknya.

Keadaan berterusan selama lebih kurang setahun. Pelbagai pendekatan yang diambil oleh polis untuk menahan beliau tetapi gagal termasuklah meminta dia menyerah diri secara sukarela. Jika pemimpin Pas pada masa itu ada tanggungjawab sepatutnya mereka menyelesaikan masalah tersebut dengan polis dengan cara yang baik kerana tempohnya sudah terlalu lama.

Tetapi Pas tidak mengambil tanggungjawab itu, mereka sengaja membiarkan keadaan tegang, kerana itu yang mereka kehendaki untuk menggambarkan kerajaan zalim dan mereka memang mahu polis bertindak dengan ganas supaya boleh dijadikan modal politik dan seterusnya boleh menumbangkan BN.

Polis tiada pilihan, pelbagai cara lembut dan diplomasi telah digunakan selama setahun tetapi mereka gagal. Akhirnya polis terpaksa menggunakan pilihan terakhir mereka iaitu menyerbu masuk ke kampung berkenaan untuk menahan Ibrahim dan pengikutnya. Maka pada pagi 19.November.1985 polis telah mengepung madrasah tempat Ibrahim Libya dan pengikutnya berkubu dan meminta beliau menyerah diri. Permintaan itu tidak diendahkan dan dalam masa yang sama juga penduduk-penduduk kampung telah keluar dengan membawa buluh runcing dan senjata tajam.

Langkah pertama yang diambil oleh polis ialah melepaskan gas pemedih mata. Tiba-tiba keluar seorang lelaki dari tempat persembunyiannya di sekitar kawasan yang dikepung membawa sebilah parang untuk menyerang polis dan dia telah ditembak mati. Itulah bukti fahaman ekstremis yang dibawa oleh Pas. Sanggup membawa parang untuk menyerang polis.

Sebilah senapang patah dipercayai milik Rela juga turut digunakan untuk menembak anggota polis oleh puak-puak yang berkubu bersama Ibrahim Libya. Dimana pemimpin Pas pada masa itu ? adakah berita berkenaan tidak sampai kepada mereka ? mustahil ! Mengapa mereka tidak memujuk Ibrahim Libya dan pengikutnya agar menyerah diri ? Mereka memang mahukan polis bertindak sedemikian demi untuk dijadikan modal politik.

Itulah bukti pemimpin-pemimpin Pas adalah pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Sanggup membiarkan nyawa pengikut menjadi taruhan demi politik. Setakat isteri jadi taruhan taklik adalah perkara kecil. Nyawa ahli pun mereka sanggup gadai asalkan dapat keuntungan politik.

Diringkaskan cerita, setelah seharian 'peperangan' antara polis dan penduduk kampung yang ekstrim berlangsung, akhirnya ia tamat di mana ianya menyaksikan 14 penyokong Pas mati termasuk Ibrahim Libya dan 4 orang anggota polis turut terbunuh hasil daripada fahaman ekstrimis yang diajar oleh Pas. Al Fatihah...

Seramai 160 orang ditahan dalam operasi berkenaan yang dinamakan Ops Angkara. Selepas itu hanya lebih kurang 30 orang ditahan di bawah ISA dan selebihnya dibebaskan. Mereka-mereka yang ditahan dibawah ISA tiada seorang pun yang mati semasa dalam tahanan dan ada yang masih hidup sihat walafiat sehingga sekarang,malah ada yang jadi Senator sekarang ini.

Jika pemimpin-pemimpin Pas pada masa itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab sepatutnya mereka memujuk Ibrahim Libya untuk menyerah diri dengan cara elok. Jika beliau menyerah diri dengan cara elok, mungkin Ibrahim Libya dan 13 mangsa lain masih hidup sehingga sekarang. Itulah buktinya Pas sebuah parti yang hanya mementingkan politik dari nyawa ahli-ahli mereka.

Buktinya boleh dilihat sehingga hari ini. Walaupun 25 tahun peristiwa Memali telah berlaku , sehingga ke hari ini Pas tetap menggunakan peristiwa tersebut sebagai modal politik mereka. Memali adalah satu 'pelaburan' berharga yang Pas lakukan 25 tahun lalu dan mereka berjaya menuai hasilnya sehingga kini. Pelaburan Kohilal pula sehingga kini ahli tidak mendapat hasil.

Kejahatan Pas tidak habis di situ. Selepas Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya dikebumikan, ada di kalangan orang-orang Pas yang pergi mencurahkan cecair berbau wangi di atas kubur mereka. Selepas itu mereka sebarkan cerita kononnya haruman yang wangi keluar dari kubur mereka yang terbunuh. Semua itu untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya perjuangan mereka semua dirahmati oleh Allah SWT dengan niat untuk menarik sokongan rakyat kepada mereka dan membenci kerajaan.

Jika kita lihat kembali apa yang berlaku di Memali ada persamaan dengan apa yang berlaku dalam setiap perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pas. Untuk menyuraikan perhimpunan-perhimpunan haram, polis tidak terus menyerbu membabi buta. Mereka akan menggunakan diplomasi terlebih dahulu. Rundingan demi rudingan dan nasihat demi nasihat. Tetapi mereka tidak peduli nasihat polis. Malah mereka terus melakukan provokasi supaya polis bertindak keras dan tindakan itu boleh dijadikan modal politik.

Pernah satu ketika dalam satu perhimpunan haram di Masjid Negara mereka memprovok polis dari dalam masjid. Mereka lakukan semua itu supaya polis menyerbu mereka di dalam masjid dan itu dapat dijadikan modal politik kononnya polis tidak menghormati masjid. Dalam peristiwa itu polis menyerbu masuk ke masjid, tetapi sebelum masuk pasukan FRU telah pun memakai sarung kasut (bukan sarung kaki/stokin) terlebih dahulu untuk mengelakkan tapak kasut memijak tempat sembahyang.

Pas tidak pernah cerita semua itu semasa mereka berceramah. Mereka hanya cerita anggota polis kurang ajar masuk ke masjid dengan kasut. Mereka tak kata yang anggota polis telah pakai sarung kasut terlebih dahulu sebelum masuk.

Begitu juga dengan kisah Memali, atas pentas ceramah atau dalam harakah Pas hanya menceritakan orang-orang mereka yang terbunuh, polis guna pistol, guna gas pemedih mata dan guna kereta kebal. Mereka tak cerita yang orang mereka guna buluh runcing, pedang, parang panjang dan senapang patah untuk membunuh polis serta empat orang anggota polis terbunuh.

Matinya Ibrahim Libya dan 13 orang yang lain pada hari ini berpunca daripada Pas. Semuanya kerana politik ekstremis dan kebencian melampau yang diajar oleh Pas. Jika tidak , mungkin Ibrahim Libya masih hidup sekarang dan terus berdakwah kepada orang-orang Islam di Malaysia. Ilmu yang beliau kumpul dari Baling hingga ke Libya akhirnya menjadi sia-sia selepas menyertai Pas. Orang yang sepatutnya bernilai untuk negara akhirnya punah ranah , semuanya kerana Pas. Pas memang nampak cantik di luar, tetapi di dalamnya penuh dengan kejahatan dan kejijikan...